by Umairah Atisha on Monday, September 12, 2011 at 2:09pm
Duhai hati,
Teruslah bersabar menempuh segalanya,,
Meski kau selalu terluka,
Percayalah, . . .
Duhai hati,,
Usahlah gentar menghadap semua,
Meski kau pernah terjatuh,
Dalam onak dan duri,
Bangkitlah dengan tabah dan berani . . .
Duhai hati,
Andai kau telah berasa penat atas semua,
Ambillah masa mu buat seketika,
Tolehlah ke belakang,
Namun usah terlupa
Untuk terus mengatur langkah,
Kerana masa tidak akan menunggu
Insan yang alpa . . .
Duhai hati,
Andai kau pernah mengalah,
Kembalilah,,,,Bangkitlah,,,
Sebagaimana yang pernah kau lakukan dulu.
No comments:
Post a Comment