Thursday, 22 September 2011

RAHMAT DALAM KESAKITAN

by Siti Wan Mahani on Tuesday, July 5, 2011 at 2:10pm



Duka, gundah dan derita itu tidak diminta.

Bahkan kita disuruh berlindung 


dengan Allah daripada semuanya.

Namun, seperti mana penyakit,

ia hadir ke dalam kehidupan seseorang 


melalui pelbagai jalan.

Kita tidak mencari penyakit,

tetapi jika ia datang juga,

kita akan sabar dengan mengharapkan 


pahala dan keampunan Allah.

Walaupun penyakit itu tidak digemari,

tetapi betapa ramai insan yang 


menghampirkan diri kepada Allah 

kerana penyakit yang menimpanya.

Lalu, dia akan berkata pada suatu hari 


“Alangkah Rahmatnya Ujian Kesakitan Itu”.

No comments:

Post a Comment