Thursday, 22 September 2011

SEDERHANANYA SEBUAH CINTA,,,,(~___________________~)

by Umairah Atisha on Thursday, September 15, 2011 at 5:05pm

"Khabarnya kita pernah bercinta. Ya sepertimana Adam dan Hawa. Seperti Ibrahim dan Hajar. Seperti Muhammad dan Khadijah. Kita bercinta kerana kita saling menyintai, saling menyangi, saling memerlukan dan saling membahagiakan. Tuhan Yang Maha Esa telah mengurniakan pasangan seperti disebutkan,,,,,""kami ciptakan kamu berpasang-pasangan"',,,,

Jodoh pula Dia Yang Maha Bijaksana yang mentakdirkan. Maha Suci Allah. Pertemuan yang bagaimana untuk menggambarkan kesetiaan diri mu, telah engkau buktikan. Dan aku seperti kanak-kanak yang bingung mengenal siapakah ayah dan ibunya. Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita masih dapat bersua. Mungkin ini peluang keemasan untuk kali kedua . . . . . . 

Mungkin kelupaan ini merejam deritamu sepanjang usia nanti. Aku tidak mengetahui mengapa aku ditimpa sebegini musibah yang sangat berlainan atau luar biasa caranya. Engkau saja penawarku, suria yang menerangi jalan . . . . . . 

Cinta pernah memaknakan cinta itu sepertimana cinta itu tidak hanya dibibir malah menjadi anugerah terindah bagi kita.

Justeru, kerana engkau lebih tahu, izinkanku untuk meluahkannya untuk meyakinkan mu bahawa diri ini mungkin atau sebetulnya memang pernah menyintaimu, mengikrarkan untuk sebuah rumah tangga . . . . . . yang aku sendiri mendalaminya, kerana kekurangan yang sedia ada. Aku tidak mampu lagi mengenal mu seperti dahulu, mungkin atau mampukah aku . . . . . . 

Sesungguhnya tidak ada yang penting dalam hidup ini, selain daripada mencari ketenangan dan kebahagiaan; suatu anugerah yang tidak dimiliki setiap manusia. Bagiku, aku pernah mengecapinya dan sekarang ini tambah-tambah lagi, aku lebih lagi merasai lazatnya kebahagiaan atau sakinah, maka aku rasa teramat bersyukur dengan nikmat yang diberikan bagaikan hujan yang mencurah selepas sekian lama bermusim kering dan tengkujuh. Engkaulah hujan yang mendamaikan . . . . . . 

Sebuah cinta yang pernah aku bayangkan adalah seperti sebuah  taman rekreasi yang dikunjungi ramai orang setiap pagi dan petang. Dalamnya ada taman yang mendamaikan, pohon-pohon besar dan sederhana melupakan diri akan kesibukan kerja. 

Di dalamnya juga ada denai-denai yang mengelilingi taman ini dan amat sesuai untuk beriadah atau bersiar-siar menghirup udara segar di samping dapat berkelah berdekatan dengannya. 

Kenapa tamsil seperti yang aku hadirkan? . . . . . . Tentu kau masih ingat kita pernah datang ke taman ini beberpa kali. Malah menjadi tempat paling seronok untuk mengisi waktu santai dengan aktiviti keluarga yang menenangkan.

Cinta ini buatmu cukup mesra dan subur. sesubur taman yang menghijau dan beraneka bunga. Setenang air kolam yang berada di tengah-tengah taman segar ini. Sesegar angin yang bertiupan membelai sukma yang bergelora kegembiraannya. 

Kerana itu cinta seharusnya membangkit keasyikkan ini dan kelansungannya untuk sesiapa sahaja yang sedang mencinta dan dicinta. inilah yang menguatkan ikatan kita berdua sekian lama. Barangkali kekasihku. 

Masa sering sahaja jadi penimbang atau neraca, yang mana akan menguji berat perihatinan yang ada, apakah mencukupi atau tidak seperti yang diperlukan. Begitulah kehidupan yang mempunyai penolak dan pengimbang.

kita tidak berpisah dengan syarat penting ini bagi menentukan kesesuaian rupa hidup kita yang sebenar, jalinan kasih dan eratnya hubungan atau utuhnya titi ukhuwah kesefahaman. Nah, mungkin suatu masa kita akan mengenang semula semua saat dan detik yang menentang sepanjang pejalanan muda kita, yang penuh denagn manis cinta, dalam makhfi atau penuh sepi. 

tentu kita perlu mengenang senua ini, bagi merenjang harapan yang lebih cerah dan lebih indah di masa akan datang. Ini doa kita kekasih. Doa kita bersama ke hadrat Yang Maha Pemurah. Kerana itu, hati kita perlu ikhlas untuk cinta ini. 

Cinta ini kita mewajarinya dengan menyandarkan kepada DIA. Dia sahaja yang mengekalkan cinta ini ke akhirnya. Sampai ke destinasi nya yang unggul, tepat dan permai. Maka, diri ini memerlukan mu untuk terus dalam cinta dan mengistiqamahkan keimanan kepada-Nya.

Memang suatu hari nanti kita akan meredhakan semua yang telah berlaku. Ia suatu takdir yang sangat munasabah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w"" "tidak beriman seseorang daripada sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Ini sabda Rasulullah s.a.w kasih, maka kita wajib percaya. 

Begitulah jua sabda baginda antara tujuh golongan yang mendapat lindungan-Nya . . . . . . adalah dua orang yang bertemu dengan dan berpisah kerana Allah. Tiada yang kekal kecuali Yang Maha Esa. 

Justeru kita perlu kembali kepada Dia yang memberikan peluang ini untuk terus berada dalam ketenangannya.  Jiwa dan perasaan itu seperti air lautan yang ada pasang dan surutnya. Ada ombak badai dan tenang rawannya. Adakalanya ia begitu pemurah sangat mesra dan membelai hati dengan penuh sayang. 

Adakalanya khilaf menyinngung rasa yang membentang dukalara, kesunyian dan kecewa. Semua ini ujian yang menentukan jalan indah kepada gerbang hati yang akhirnya merasai nikmat ketenangan yang padat, unggul dan setia pada yang satu.

Dalam mencari cinta benar, semua makhluk bergelutan dalam pencarian. Terpaksa bergantung dengan cinta-cinta yang lain. Yang sementara sifatnya. Terpaksa dan terpesona. Kedua-duanya memungkinkan manusia menjadi pengalpa dan taksub kepada cinta.. Padahal cinta kepada semua yang sementara itu tidak kekal lama. 

Ia hanya perhiasan yang mempunyai teratak yang utuh yang kuat untuk menumpang. Maka mereka beranggapan inilah istana yang meneduhi impian kegembiraan yang melayang sana sini ibarat bagai sayap-sayap cinta yang sedang edan dan asyik. Tidak lansung teringat kepada asal usul diri. 

Dia bersuka ria sana sini dengan penuh kebebasan,tanpa merasakan kehidupan nyang sementara sebenarnya akan berhenti dan dihentikan bila sampai waktu. Ia suatu yang bertempoh dengan syarat-syarat yang diletakkan. Mungkin mereka ini lupa bahawa tujuan untuk datang ini bukan untuk semata-mata mendahulukan cinta yang ada, tetapi mendapat redha Dia yang teramat penting.

Namun ramai yang kecundang memilihnya. Ramai yang kesal dengan perbuatan lalu. Sebodoh-bodohnya merasakan kerugian atas apa yang mereka lakukan. Mereka hanyut dalam arus kesenangan yang sangat mempesonakan. 

Sedikit demi sedikit mereka dilupakan semacam magis atau sihir cinta yang sangat menguji kewujudan cinta mereka. Mereka hilang mandiri bagai dirasuk cinta duniawi yang mencapah-capah, yang bertambah-tambah dengan panahan pandangan materi. 

Keindahan lahiri yang merangkul jiwa raga mereka sehingga melupakan apa yang perlu mereka ingat dan kenang selalu. Budi dan jasa yang cukup besar melimpah ruah daripada Pencipta Yang Maha Kaya. Ini suatu cinta yang cukup lestari dan kekal sebenarnya. Yang membimbing kalbu ke jalan syurgawi.

ENGKAU TETAP MENANTI SEPERTI SEORANG YANG TETAP TAAT DALAM PENCARIAN. KINI AKU KEMBALI NAMUN TIDAK SEPENUHNYA SEDAR, SEBAGAIMANA DAHULU,,,,,,,,,,,,MAAFKAN AKU . . . . . . """"


No comments:

Post a Comment